Warga emas mahu jual telefon bimbit untuk rawat kaki, undang simpati pemilik kedai - The Reporter

Warga emas mahu jual telefon bimbit untuk rawat kaki, undang simpati pemilik kedai

Sumber Gambar: TikTok bosslee_oe

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pemilik kedai telefon bimbit berkongsikan kisah yang menyentuh hati apabila menerima seorang pelanggan warga emas yang berkunjung ke kedainya kerana mahu menjual telefon bimbit.

Katanya, hasil jualan telefon bimbit berkenaan akan digunakan untuk merawat kakinya yang mengalami luka teruk akibat diabetes.

“Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya.

“Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan pemilik kedai berkenaan yang dikenali sebagai Boss Lee dipuji ramai apabila tidak menerima jualan telefon bimbit warga emas berkenaan sebaliknya membantu warga emas itu dengan memberikan sedikit bantuan wang tunai.

@bosslee_oe

Hari ini, saya mengalami satu kejadian yang sangat menyentuh hati. Seorang pelanggan datang ke kedai saya dengan membawa Xiaomi 13 untuk dijual. Selepas bertanya, barulah saya tahu bahawa dia ingin menjual telefonnya untuk mendapatkan wang bagi merawat kakinya. Kakinya mengalami luka yang teruk akibat diabetes, dan dia tidak ada pilihan lain selain menjual telefonnya untuk mendapatkan rawatan. Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Akhirnya, saya berkata kepadanya, “Jangan jual telefon awak. Saya akan beri awak wang untuk merawat kaki awak.” Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan. Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa. Sebenarnya, masih ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan. Saya hanya mampu membantu setakat kemampuan saya. Semoga sahabat ini diberi kesembuhan dan kesejahteraan.

♬ 原聲 – Boss Lee_oe

“Apabila mendengar kisahnya, air mata saya hampir mengalir. Saya bantu dia dengan berikan sedikit wang. Pada saat itu, dia menangis teresak-esak mendengar apa yang saya katakan.

“Saya juga memberitahunya bahawa jika dia menghadapi kesulitan, dia boleh datang ke kedai saya atau hubungi saya bila-bila masa,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap pemilik berkenaan dan akan memberikan sokongan kepada perniagaan pemilik tersebut.

Dalam pada itu juga, selebriti Kilafairy turut meninggalkan komen akan membantu mempromosikan bisnes pemilik itu.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!