Program Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) terus memberi harapan kepada golongan kurang berkemampuan, termasuk sepasang suami isteri yang tular di TikTok kerana keterujaan mereka menerima bantuan bernilai RM100 sebulan.
Menerusi rakaman yang dimuat naik anak mereka, Kak Sha, pasangan warga emas itu dilihat tersenyum lebar selepas si suami membeli sebatang corndough dan secawan air. Isterinya yang merakam video itu turut berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.
“Abah hang dia kata cemey (dapat percuma) RM100, lepastu dia beli hat (corndog dan air) ni,” katanya sambil ketawa kecil.
Wanita itu turut mendedahkan bahawa suaminya tidak pernah merasai makanan itu seumur hidupnya. Kini, dengan bantuan MySARA, keinginan kecil itu akhirnya tercapai.
- ‘Ini semua ketentuan Allah, saya tak salahkan sesiapa’ – Ismahalil
- Anwar nafi sekat peruntukan, tegas dana terus kepada rakyat
- Bekas penyampai radio Ismahalil dihukum penjara 30 tahun
- Amanah gesa henti jadikan tahlil bahan politik
- Surau Ar-Rayyan tampil konsep mesra autisme, bantu galak anak istimewa solat berjemaah
Video tersebut mencuri perhatian ramai netizen yang terharu melihat reaksi ikhlas pasangan itu menikmati nikmat sederhana.
“Puas hati kami bayar cukai bila tengok pakcik makcik gembira macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, rakaman itu turut mencetuskan kesedaran ramai mengenai kewujudan program MySARA yang disasarkan kepada mereka dalam kategori miskin tegar menerusi data eKasih.
“Nilai RM100 ni besar untuk sesetengah orang. Tolong kekalkan bantuan SARA ni. Sangat membantu. Siapa yang cadangkan ni memang cerdik,” komen seorang lagi netizen.
MySARA disifatkan sebagai antara inisiatif penting dalam memastikan golongan rentan tidak terpinggir dalam pembangunan negara. Ia bukan sekadar bantuan, tetapi juga satu bentuk keprihatinan yang nyata dari kerajaan buat rakyat yang memerlukan.








