Warga asing mengaku rogol, rompak wanita di jejantas, rakan subahat menangis minta dibicarakan - The Reporter

Warga asing mengaku rogol, rompak wanita di jejantas, rakan subahat menangis minta dibicarakan

Sumber gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki warga Pakistan, Muhamad Mudasar, 23, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita di jejantas di Serdang dalam kejadian dua minggu lalu.

Muhamad Mudasar yang juga penganggur didakwa merogol seorang wanita tempatan, berusia 29 tahun, dengan mengacukan pisau dan merompak telefon pintar serta wang tunai RM80 milik mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan Kesalahan itu di jejantas stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang pada jam 12.45 tengah malam, 14 Januari lalu.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, Muhamad Mudasar dan rakan senegaranya, Muhammad Waqas, 29, didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 20 tahun dengan merompak dua telefon bimbitnya menggunakan pisau pada 30 Disember tahun lalu, di lokasi yang sama.

Muhamad Mudasar mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, sementara Muhammad Waqas menangis dan mengaku tidak bersalah serta memohon untuk dibicarakan.

Hakim menetapkan 26 Februari untuk fakta kes dan hukuman ke atas Muhamad Mudasar, dan tarikh yang sama untuk sebutan semula kes bagi Muhammad Waqas.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!