Warga asing dibelasah gara-gara mengganggu pengurus restoran makanan segera - The Reporter

Warga asing dibelasah gara-gara mengganggu pengurus restoran makanan segera

Tular satu rakaman video memaparkan pergaduhan antara beberapa pekerja di sebuah premis makanan segera di Jalan Bukit Bintang dan seorang warga asing.

Walaupun insiden berkenaan telah dileraikan oleh beberapa pekerja yang lain, namun pergaduhan tersebut masih tidak terhenti.

Susulan itu, empat warga tempatan dan seorang warga asing yang terlibat dengan insiden berkenaan telah ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan warga asing berkenaan yang mengganggu seorang wanita yang merupakan pengurus restoran berkenaan.

“Dalam siasatan kes ini, polis menahan lima individu terdiri daripada empat warga tempatan berusia 20 tahun dan seorang warga asing berusia 33 tahun.

“Kesemua mereka dipercayai terbabit dalam pergaduhan yang berlaku kelmarin lebih kurang 8.30 malam,” katanya.

Noor Dellhan berkata, kesemua suspek lelaki warga tempatan direman sehari bermula hari ini manakala warga asing terbabit selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu juga, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!