Wanita terjah bekas suami, serah surat saman di majlis akad nikah | The Reporter

Wanita terjah bekas suami, serah surat saman di majlis akad nikah

Wanita bersama anak menyerahkan surat saman kepada bekas suami di majlis akad nikah.
Tangkap layar video tular di TiKTok.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita bertindak menyerbu bekas suaminya semasa majlis akad nikah bagi menyerahkan surat saman yang perlu ditandatangani, dipercayai berkaitan tunggakan nafkah.

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita dikenali sebagai Nurin hadir bersama anak perempuannya ke sebuah masjid untuk menyerahkan dokumen tersebut.

“Bukti ya aku dah hantar penyataan saman untuk kau datang mahkamah. 13 haribulan nanti kau kena datang mahkamah tau.

“Ni anak kau dua tahun tak jumpa. Birthday dia pun kau tak ucap, nafkah tertunggak tapi boleh kahwin,” katanya dalam video itu.

Dalam hantaran sama, Nurin mendakwa majlis pernikahan bekas suaminya itu sepatutnya berlangsung pada 11 haribulan, namun diawalkan seminggu lebih awal kerana bimbang diketahui ramai.

@bullisa

Replying to @cloud9 DONE TERJAH MAJLIS KAHWIN DEDUA EKOR NI. ALLAH ADA!!!! KAU TETIBA KAHWIN, ALLAH ADA HANTAR ORG UTK BISIK KT AKU.

♬ suara asli – ruuun67 – .
Baca juga:

Nurin turut mendedahkan bahawa bekas suaminya berlaku curang ketika dia sedang hamil dengan wanita yang turut dikenalinya.

“Diorang bercinta masa aku tengah mengandung. Lepas beranak pun masih teruskan. Setahun juga sampai kantoi baru lelaki tu ceraikan aku.

“Aku koyak rahim dan anak duduk NICU berbulan. Tapi mamat dan minah ni boleh berduaan sedangkan tahu aku kat hospital tengah sakit beranak,” luahnya.

Di akhir video, Nurin dilihat sebak sebelum seorang wanita tampil menenangkannya dan cuba memujuk dengan memberikan anaknya cenderamata majlis, namun ditolak oleh Nurin.

Related Posts