Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di aplikasi X, video seorang wanita terjatuh dari bangunan kediaman, selepas bergaduh dengan pasangannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada malam tadi di Trefoil, Setia Alam, sumber memaklumkan mangsa meninggal dunia di lokasi.
“Pasangan bergaduh, mangsa terjatuh, ditolak oleh teman lelaki dan meninggal dunia. Kejadian berlaku di Trefoil, Setia Alam, malam tadi,” katanya.
Berdasarkan video yang dikongsikan, kedengaran pasangan terbabit bertengkar dan jelas kedengaran suara lelaki memarahi teman wanitanya.
Di video yang kedua, kedengaran pula suara wanita menjerit ketakutan sebelum dilihat terjatuh dari ketinggian kira-kira 15 tingkat dan terhempas di tingkat bawah.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis.
Sumber: X