Wanita kongsikan, harga gelang emas dibeli 23 tahun lalu naik berkali ganda | The Reporter

Wanita kongsikan, harga gelang emas dibeli 23 tahun lalu naik berkali ganda

Harga emas berganda
Harga emas mencatat paras tertinggi, mencetuskan gelombang jual beli di kalangan rakyat. Gambar: Tangkap layar TikTok Fiesha Shuhaimi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Harga emas semakin menjadi tumpuan ramai apabila mencatatkan paras tertinggi, mencecah RM500 segram pada 12 April lalu. Walaupun berlaku sedikit penurunan selepas itu, masih ramai yang mengambil peluang untuk menjual emas.

Masyarakat kini dilihat semakin bijak dalam merebut peluang pelaburan jangka panjang dengan membeli emas, dengan harapan nilainya akan terus meningkat pada masa hadapan. Trend ini menunjukkan keyakinan terhadap emas sebagai aset pelaburan yang stabil.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang wanita berkongsikan gelang emas yang dibeli oleh seorang pelanggannya pada tahun 2002 kini telah meningkat harganya berkali ganda.

https://www.tiktok.com/@fieshagold/video/7483463847597083921?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Gelang tersebut yang dibeli pada harga RM2,314 pada tahun 2002 kini bernilai RM18,718.

“Beli emas tahun 2002 dengan harga RM2,314. Hari ni, tahun 2025, jual balik dapat RM18,718.Untung bersih RM16,404 tanpa buat apa-apa, hanya peram emas je! Dalam 23 tahun, harga emas naik kaw-kaw!

“Beli emas tak pernah rugi, cuma orang je lambat sedar. Bila jumpa macam-macam klien, dari situ baru Fiesha banyak belajar kenapa simpan emas tu penting.

“Kalau dulu tahu, confirm dah kumpul banyak! Tapi tak apa, belajar dan mula sekarang lagi baik dari tak mula langsung,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai turut berkongsikan pengalaman mereka apabila menjual semula emas yang dimiliki. Mereka juga bersetuju bahawa pembelian emas untuk tujuan simpanan masa hadapan sememangnya tidak merugikan.

Related Posts