Wanita idamkan gaji bakal suami RM9,000, cetus pelbagai reaksi netizen - 'Tu gaji level suami orang' - The Reporter

Wanita idamkan gaji bakal suami RM9,000, cetus pelbagai reaksi netizen – ‘Tu gaji level suami orang’

Dalam masyarakat kita, kestabilan kewangan sering dianggap sebagai asas yang penting dalam membina sebuah rumah tangga. Seorang lelaki, sebagai ketua keluarga, diharapkan dapat menyara isteri dan anak-anaknya dengan pendapatan yang stabil dan memadai.

Baru-baru ini, seorang TikToker bernama Raffi telah melakukan eksperimen sosial yang menarik. Dia menemubual beberapa wanita untuk mengetahui berapa gaji bulanan yang mereka harapkan dari pasangan mereka yang bakal menjadi suami.

Berdasarkan klip video tersebut, ada beberapa wanita yang berpendapat gaji bulanan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi. Namun, jika gaji bulanan itu hanya RM1,500, kedua-dua pasangan perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup.

Ada juga yang memberi jawapan ‘play safe’, di mana mereka perlu melihat pada lokasi tempat tinggal, yang merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gaji yang diberi.

Namun, apa yang mengejutkan ialah salah seorang wanita yang ditemubual mengakui dia mengharapkan gaji bakal suaminya berjumlah RM9,000. Jawapan ini telah menimbulkan banyak persoalan di kalangan netizen.

RM9K gaji level suami orang

Seorang netizen berseloroh, “RM9,000? Kamu ada sijil apa? RM9,000 tu gaji level-level suami orang tu + kena kahwin dengan lelaki berusia 45 tahun ke atas dik.”

Ada sijil apa?

Tak tau alam realiti kerja

Too many gold digger

Sumber: TikTok Raffi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!