Wanita hamil 8 bulan maut terjatuh dari tingkat 3 hospital - The Reporter

Wanita hamil 8 bulan maut terjatuh dari tingkat 3 hospital

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita hamil lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, mangsa yang berusia lingkungan 20-an terdahulu dihantar oleh keluarganya ke hospital kerana tingkah lakunya yang agresif. Mangsa kemudian dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut.

Semasa berada di wad, mangsa dikatakan cuba terjun dari tingkap wad di tingkat tiga. Tetapi berjaya dihalang oleh jururawat.

Mangsa kemudian diberi rawatan dan tangannya diikat kerana bertindak agresif.

Pada jam 6.30 petang semalam, ikatan tangan mangsa dibuka kerana dia tidak menunjukkan sebarang tanda agresif selepas diberikan ubat penenang.

Namun, pada jam 7.20 malam, jururawat mendapati mangsa tiada di katilnya sebelum menemuinya terbaring di padang tingkat bawah hospital.

Mangsa segera dikejarkan ke Unit Kecemasan dan Trauma untuk mendapatkan rawatan. Pembedahan juga dilakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya yang berusia 33 minggu. Malangnya bayi tersebut disahkan meninggal dunia dalam kandungan.

Mangsa kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia hari ini.

Dzulbaharin menegaskan, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dalam kejadian ini dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!