Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Gara-gara bimbang terlepas penerbangan, seorang wanita warga China bertindak mencederakan pegawai imigresen ketika pemeriksaan pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam di Terminal 1 itu, suspek bersama suami dan dua anaknya sedang menguruskan endosemen keluar negara untuk penerbangan ke Pudong, China yang dijadualkan berlepas jam 7.25 malam.
Sumber berkata, wanita itu tiba lewat di kaunter dan diminta beralih ke tepi untuk pemeriksaan lanjut kerana tiada rekod kemasukan ke Malaysia.
“Berang dan risau terlepas penerbangan, dia meninggikan suara sebelum menarik tudung pegawai bertugas dan menolak kepalanya ke arah tiang di hadapan kaunter,” katanya.
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Pegawai berkenaan kemudian meminta bantuan rakan setugas sebelum suspek berjaya ditahan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kemarahan suspek berpunca daripada kelewatan akibat semakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 332 (mencederakan penjawat awam) dan Seksyen 353 (menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam).
Sumber: Harian Metro








