Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang berang apabila ibunya menjadi mangsa perbuatan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah dari tingkat atas di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur.
Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika beliau sedang menghantar nenek pulang ke rumah. Ketika bersalaman dengan nenek di kawasan parkir, tiba-tiba satu plastik sampah yang berair jatuh tepat mengenai kepala ibunya.
“Sampah tu terus kena atas kepala mak, sampai terpercik juga dekat nenek. Kereta saya pun kena sikit. Siapa je tak marah?,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ibunya terpaksa pulang semula ke rumah untuk menukar pakaian kerana pakaian sudah berbau busuk akibat terkena kotoran sampah itu.
Tidak berdiam diri, wanita berkenaan cuba menjejaki punca insiden tersebut dan menemui sebuah plastik parcel yang masih mempunyai alamat penghuni.
“Saya terus naik cari rumah tu. Sampai saja, ada beberapa budak keluar dan mengaku sampah tu memang dari rumah mereka. Katanya mereka letak sampah dekat tingkat 5, tapi tak tahu siapa yang buang keluar,” katanya.

Baca juga:
- Langkawi tak semeriah dulu, pelancong lebih memilih Terengganu dan Hatyai?
- Wanita bengang, ibu jadi mangsa sampah dibuang dari tingkat atas PPR
- Wanita kongsi detik cemas, insiden di Plaza Padang Besar
Bagaimanapun, budak tersebut bertindak bertanggungjawab dengan turun ke kawasan parkir untuk membuang sampah berkenaan dengan betul serta membersihkan kotoran yang terkena pada kereta mangsa.
Walaupun mengakui kesal dengan kejadian itu, wanita tersebut turut menyatakan simpati terhadap budak berkenaan yang terpaksa menanggung akibat walaupun bukan dia yang membuang sampah dari atas.
“Kesian juga sebenarnya dekat budak tu, bukan dia yang campak. Tapi salah juga bila letak sampah merata, akhirnya orang lain jadi mangsa.
“Saya mohon tolonglah warga PPR, jangan buang sampah sesuka hati begini. Bahaya dan menyusahkan orang lain. Tolong didik anak-anak supaya tahu jaga kebersihan dan hormat orang sekeliling,” tegasnya.