Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung semua hak keahliannya dalam parti bagi tempoh satu penggal pemilihan, berkuat kuasa 13 Oktober 2025.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat lembaga berkenaan yang bersidang pada 8 Oktober lalu.
Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas Ahli Parlimen Machang itu didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu, yang mewajibkan ahli parti mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan ahli.
“Dengan penggantungan tersebut, Yang Berhormat secara langsung dilucutkan semua jawatan yang dipegang serta tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan atas nama parti sepanjang tempoh penggantungan,” katanya.
Baca juga:
- PAS enggan umum calon PM, bimbang diletak jongkong emas & dadah dalam kereta – Hadi Awang
- Wan Ahmad Fayshal digantung keahlian Bersatu
- PAS Selangor tegaskan pusat judi takkan ditutup serta-merta jika berjaya kuasai negeri
Mohd Radzi turut memaklumkan bahawa Wan Ahmad Fayshal berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Bersatu dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan dikeluarkan.
Sumber: Sinar Harian