'Wajib tukar alamat pada kad pengenalan jika sudah bermastautin lebih dari 90 hari' - JPN - The Reporter

‘Wajib tukar alamat pada kad pengenalan jika sudah bermastautin lebih dari 90 hari’ – JPN

Kad pengenalan diri perlu dibawa ke mana sahaja, bukan hanya untuk urusan rasmi. Kad pengenalan diri sangat penting apatah lagi jika berlaku kecemasan.

Tidak ramai yang tahu alamat pada kad pengenalan perlu ditukar apabila kita berpindah ke tempat lain. Perkara ini dikongsikan melalui TikTok Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN).

“Mengikut peraturan 15, jika sudah bermastautin di satu tempat lebih daripada 90 hari, kita wajib menukar alamat pada kad pengenalan tersebut.

“Wajib menukar alamat jika berpindah alamat yang tetap lebih dari 90 hari,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang sudah bertahun-tahun tidak menukar alamat pada kad pengenalan kerana ada yang memikirkan untuk mengundi di tempat kelahiran asal.

Tidak kurang juga ada yang mengeluh jika perkara ini wajib dikenakan kerana status pemilikan rumah (sewa) yang menyebabkan mereka terpaksa menukar beberapa kali alamat pada kad pengenalan.

Dalam masa sama, netizen juga meminta pihak JPN memudahkan proses penukaran alamat tersebut dan mencadangkan agar hanya dibuat melalui talian.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!