'Bulan Al-Quran tapi tak dihormati' - Waheeda tegur artis giat promosi lagu raya awal Ramadan | The Reporter

‘Bulan Al-Quran tapi tak dihormati’ – Waheeda tegur artis giat promosi lagu raya awal Ramadan

Waheeda
Sumber Gambar: Instagram Skysonpr

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Waheeda menegur penggiat seni yang dianggap kurang ajar apabila dilihat tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan mengeluarkan lagu raya sebelum Ramadan.

Selain daripada itu, beliau juga menegur keterampilan artis yang tidak menjaga pemakaian dengan sebaiknya.

“Sebagai anak seni, mungkin peringatan kepada semua rakan-rakan seni yang lain. Pada saya, sekarang dah semakin kurang ajar.

“Sebelum ini, hari pertama Ramadan dah buat lagu raya, dah keluar lagu raya. Dua minggu sebelum raya, dah keluar lagu raya yang baharu.

“Tetapi, sekarang sebelum Ramadan dah mula menyanyikan lagu raya dan promosi. Sebelum masuk pertengahan Ramadan dah mula keluarkan lagu raya.

“Kemudian, bukan hanya itu. Dari segi keterampilan pun dah tak jaga,” katanya.

Menerusi podcast t TTYL: Talk To You Later itu, beliau berkata, sepatutnya Ramadan ini sepatutnya mengingatkan kita kepada Allah.

@ttyl.podcast

“WAHEEDA TEGUR PENGGIAT SENI” Berhibur tak salah, tapi bulan Ramadan ni setahun sekali je kan? Ayuh kekalkan kemuliaan Ramadan dengan melazimkan Al-Quran! For Nuzul Quran edition of StoryMorehTTYL, our very own #TTYLReligi podcaster, @officiallywaheeda shares her thoughts on honoring Ramadan and anticipating Lailatul Qadr. In this digital time capsule, we’re capturing one-minute Ramadan & Raya stories from 2025 / 1146H. Stay tuned for more fascinating story-mory from everyday people! #StoryMorehTTYL #timecapsule #ramadanrayastories

♬ original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later

“Jadi selepas ini, biarlah lebih baik sebab khuatir kalua macam inilah Ramadan sekarang, kamu tak tahu apa akan berlaku pada tahun depan.

“Bila dikatakan malam Lailatul Qadar, adalah masa di mana Allah turunkan para malaikat, catat urusan kita untuk sepanjang tahun sampai tahun depan di mana perbuatan, pekerjaan, kedudukan, nyawa, jodoh, selain daripada benda yang dah tetap, benda yang tak tahu, yang boleh berubah ini, ia bergantung kepada keputusan dan perbuatan.

“Jadi, buatlah keputusan apa kamu nak buat sebab apa, Ramadan inilah yang ditunggu. Kita tak tahu bila yang akan dicatat, yang akan tentukan kita punya kehidupan akan datang. Jadi, adalah lebih baik, kita kena cakna,” katanya.

Jelasnya lagi, penggiat seni sepatutnya menyerahkan soal dan ketentuan rezeki kepada Allah.

“Ia menyedihkan, bulan Al-Quran, tetapi Al-Quran itu tak dihormati. Anak-anak seni kalau takut pasal kata, ‘Oh, kita kena keluar awal lagu sebab nak kena promosi awal’.

“Kenapa? Sebab nak bersaing dengan satu sama lain? Jadi, di mana kamu punya pentauhidan, di mana kamu punya keyakinan dengan rezeki Allah. Allah naikkan, Allah turunkan,” katanya.

Related Posts