Vivy Yusof set Instagram ke mod peribadi, kurangkan perkongsian kepada umum - The Reporter

Vivy Yusof set Instagram ke mod peribadi, kurangkan perkongsian kepada umum

Vivy Yusof Instagram peribadi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan kontroversi, Vivy Yusof, telah mengaktifkan mod privasi pada akaun Instagramnya sempena hari lahirnya. Tindakan ini mencerminkan perubahan besar dalam pendekatannya terhadap media sosial selepas hampir dua dekad berkongsi kehidupannya secara terbuka.

Menurut Vivy, beliau membuat keputusan tersebut untuk memulakan “era baharu” dan menutup pintu kepada perkongsian kehidupan peribadi.

“Pada hari lahir saya, saya lakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, iaitu menetapkan akaun media sosial saya kepada mod peribadi. Sudah tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza.

“Saya telah berkongsi hampir semua bahagian kehidupan saya, baik yang manis atau pahit, dan saya tidak pernah menyesalinya,” tulisnya di Instagram.

Vivy turut berkongsi bagaimana blognya yang dimulakan hampir 20 tahun lalu telah membuka pelbagai peluang.

“Blog itu membawa saya mencipta jenama bersama pasukan hebat dan mengumpulkan komuniti yang menyaksikan perjalanan hidup saya. Influencer ini tidak akan mempengaruhi lagi. Ia hanya antara saya, anda, dan 1.8 juta pengikut lain buat masa ini.

“Proudduck, terima kasih untuk segalanya. Kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya,” tambahnya.

Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, kini berdepan dengan kes mahkamah atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana pelaburan bernilai RM8 juta. Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!