Video promo kolaborasi kaligrafi cina & batik Malaysia buat ramai teruja dan kagum - The Reporter

Video promo kolaborasi kaligrafi cina & batik Malaysia buat ramai teruja dan kagum

Sumber Gambar: Tangkap Layar X Farah Mohan

Walaupun terdapat pertikaian asal usul batik samada berasal dari Malaysia atau Indonesia, keindahan corak yang dihasilkan pada batik sangat mempesonakan sesiapa sahaja yang memandang.

Umum mengetahui terdapat perbezaan antara batik Malaysia dan Indonesia dari segi motif dan corak.

Batik Malaysia banyak menggunakan motif flora dan berwarna cerah berbanding batik Indonesia yang lebih menggunakan warna gelap.

Walau apa pun pertikaian, kita raikan perbezaan kerana kita juga serumpun!

Ketika ini menjadi tumpuan ramai pula kolaborasi antara kaligrafi Cina dan juga batik Malaysia.

Satu video yang dimuat naik oleh Farah Mohan mendapat pujian ramai. Gabungan dua seni lukis itu disifatkan sebagai satu sentuhan seni yang sempurna.

Menurut Farah, video berkenaan merupakan promosi bagi program Karnival Kaligrafi Dunia Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1-10 November 2024.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!