Video pelajar berbaring di padang awam Melaka tular, cetus pelbagai reaksi netizen | The Reporter

Video pelajar berbaring di padang awam Melaka tular, cetus pelbagai reaksi netizen

Dua individu berpakaian sekolah berada di atas padang awam; seorang duduk menunduk, seorang lagi berbaring sambil beg sekolah diletakkan di sisi.
Tindakan duduk & berbaring di padang awam ketika beruniform sekolah cetus kemarahan ramai yang bimbang gejala sosial dalam kalangan pelajar makin membimbangkan. | Sumber gambar: Malaysia Gazette

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu klip video memaparkan aksi kurang sopan melibatkan dua pelajar sekolah menengah di kawasan terbuka di Dataran Pahlawan, Melaka mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Video berdurasi kira-kira 15 saat itu memperlihatkan seorang pelajar lelaki berseluar putih berbaring di atas padang awam bersama seorang pelajar perempuan. Tindakan tidak wajar itu menimbulkan persoalan mengenai disiplin pelajar serta peranan pengawasan di kawasan sekitar.

Netizen persoal tindakan rakam & sebar

Walaupun perbuatan pelajar berkenaan jelas mencetuskan rasa kurang senang, ada dalam kalangan pengguna media sosial menegur budaya merakam dan menularkan kes sedemikian tanpa mempertimbangkan kesan kepada pelajar.

Baca juga:

Mereka berpendapat, rakaman itu sepatutnya diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah, khususnya pengetua, agar tindakan disiplin dapat diambil mengikut prosedur.

Budaya sosial remaja makin merisaukan

Insiden ini turut mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai gejala sosial membabitkan remaja yang dilihat semakin membimbangkan, khususnya apabila dilakukan secara terbuka di lokasi tumpuan.

Masyarakat menuntut agar sekolah, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan lebih menyeluruh dalam membendung tingkah laku tidak sihat dalam kalangan pelajar.

Related Posts