'Video kami reality showcase, ada mesej & awareness' - BGTV sekali lagi pertahankan tindakan jemput Hot Daddy - The Reporter

‘Video kami reality showcase, ada mesej & awareness’ – BGTV sekali lagi pertahankan tindakan jemput Hot Daddy

Bros Gang TV (BGTV) sekali lagi tampil untuk mempertahankan tindakan mereka menjemput Hot Daddy sebagai tetamu podcast. Ini berikutan ramai pihak yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BGTV semalam, mereka menegaskan orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian berdasarkan gambar yang tular. Sebaliknya memahami terlebih dahulu konteks perbualan di antara BGTV dengan Hot Daddy.

“Disebabkan gambar (yang tular), chaos satu Malaysia. Ada beberapa persoalan di sini. Pertama, judge sebab apa? Sebab tengok gambar ke? Kedua, dah tahu ke apa context perbualan?

“Statement di sini sekali lagi, jangan (terus) menghukum disebabkan gambar. Sebab kalian tidak tahu apa context perbualan.

“Kalau dalam perbualan itu ada BGTV hentam atau bergaduh dengan tetamu. Adakah kalian akan sayang BGTV semula?”

Tak sokong individu tidak bermoral

Dalam masa yang sama, BGTV turut menegaskan mereka tidak menyokong individu yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Video temubual podcast yang diterbitkan itu adalah untuk menunjukkan realiti dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.

“Jangan cepat panik, jangan cepat menghukum. BGTV tidak support mereka yang buat perkara tidak bermoral. Malah kami tentang habis-habisan. Sebab itu video kami reality showcase. Ada mesej dan awareness.

“Kami berharap, real supporters BGTV tidak menjadi average punya pemikiran yang menghukum tanpa kenalpasti source sebenar. Jangan jadi tipikal yang melihat orang lain kecam, awak pun nak kecam. Pastikan ada pendirian sendiri berdasarkan real context.”

Selain itu, BGTV meminta media tidak membuat sebarang dakwaan yang tidak berasas dalam laporan yang disiarkan.

“Tidak ada satu (pun) ayat yang mengatakan kami sokong Hot Daddy dalam menyundal. Jadi berhati-hati pada media yang buat posting tidak berkaitan.”

Sumber: Instagram BGTV

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!