Video Aliff Syukri bantu anak anjing jadi tular, netizen puji sikap belas ihsannya | The Reporter

Video Aliff Syukri bantu anak anjing jadi tular, netizen puji sikap belas ihsannya

Video Aliff Syukri bantu anak anjing terbiar jadi tular.
Netizen tersentuh melihat tindakan spontan Aliff Syukri membantu anak anjing terbiar.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, mendapat perhatian ramai selepas berkongsi detik menemui beberapa anak anjing terbiar di kebun duriannya.

Dalam video yang dimuat naik, beliau berkata seekor daripada haiwan itu sudah mati dipercayai dipatuk ular, manakala dua lagi kelihatan lemah dan tidak meninggalkan saudaranya yang mati.

Aliff mengakui situasi tersebut mengundang rasa hiba, lebih-lebih lagi apabila anak-anak anjing itu jelas ditinggalkan tanpa induk. Jelasnya, walaupun umat Islam mempunyai batas tertentu terhadap anjing, membantu menyelamatkan makhluk yang sedang kesusahan tetap menjadi kewajipan sebagai manusia.

Baca juga:

Dalam kapsyen di Threads, Aliff menulis haiwan seperti anjing atau kucing perlu diselamatkan apabila berada dalam keadaan sebegitu dan mengajak orang ramai berfikir apa tindakan terbaik jika berada di tempatnya.

Tindakan Aliff dipuji ramai yang melihatnya sebagai usaha baik membantu makhluk hidup tanpa mengira batas agama atau jenis haiwan. Ada yang menawarkan bantuan membawa anak-anak anjing itu ke klinik veterinar, manakala selebihnya memuji sikap empatinya ketika berhadapan situasi tersebut.

Related Posts