Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Temerloh, Pahang, Muhammad Naufal bin Muhammad Anuar, 18, menerima kejutan apabila Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menghantar kenderaan khas untuk membawanya mendaftar pengajian Asasi Perubatan dan Sains Kesihatan di kampus Gong Badak.
Naufal yang memperoleh keputusan 8A+ dan 1A-, berasal daripada keluarga kurang berkemampuan, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Manisah binti Hassan, 45, yang menyara enam anak dengan menjual kuih, roti dan pizza secara kecil-kecilan.


- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
Menurut Naufal, dia amat terharu dengan usaha pihak universiti yang sanggup datang ke rumah bagi membantu urusan perjalanan ke kampus.
“Saya terkejut, menangis tak berhenti. Saya tak sangka pihak UniSZA datang sendiri ambil saya untuk ke kampus… seolah-olah Allah jawab doa kami,” katanya ketika ditemui.

Baca juga:
- Langgar lari polis trafik: Inspektor ditahan, sedang jalani rawatan kesihatan
- Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh kereta depan surau sekolah
- Tiga ditahan kes serangan wanita ketika live dalam kereta
Mesej peribadi yang membuka jalan bantuan
Keluarga Naufal sebelum ini tidak mempunyai kemudahan pembelajaran yang lengkap kerana kesempitan hidup. Naufal hanya meminjam komputer riba kakaknya dan menyimpan wang sendiri bagi membeli telefon murah sebagai alat belajar.
Ibunya kemudian memberanikan diri menghantar mesej peribadi kepada seorang individu di pihak universiti untuk meluahkan kebimbangan mengenai kemampuan menghantar anaknya ke kampus.


“Naufal susah hati sampai tak selera nak makan. Dia tetap nak belajar di UniSZA. Kami sangat memerlukan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian,” tulis Manisah dalam mesej tersebut.
Susulan itu, pihak universiti mengambil keputusan menghantar kenderaan rasmi bagi memastikan Naufal tidak terlepas peluang memulakan pengajian.
Berazam ubah nasib keluarga
Naufal yang kini menetap bersama neneknya selepas bapanya dalam proses pemulihan akhlak di bawah Majlis Agama Islam Pahang, tetap menyimpan cita-cita menjadi seorang doktor sejak kecil.
“Saya tolong mak buat kuih, jaga nenek yang baru keluar wad, bantu nenek di kebun. Tapi dalam hati, saya cuma nak belajar. Cuma nak ubah hidup keluarga saya,” katanya.
Naufal luah rasa terharu
“Saya terharu sangat bila pihak universiti sudi datang ambil. Saya takkan sia-siakan peluang ini. Saya berazam belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti mahu membalas jasa semua yang pernah membantu kami serta mengubah nasib keluarga saya,” katanya.


Dengan bantuan UniSZA, Naufal kini bersedia memulakan sesi pendaftaran asasi yang menjadi langkah pertama dalam perjalanan akademiknya. Walaupun pelbagai cabaran sudah dilalui sejak kecil, dia bertekad menggunakan peluang ini sebaik mungkin demi membina masa depan lebih terjamin.
Dalam diam, dia berharap kejayaannya kelak akan menjadi bukti bahawa kesusahan hidup bukan penghalang untuk mencapai cita-cita.
Sumber: TikTok Sharifah








