Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir memaklumkan seramai 627,491 akaun pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dipotong dengan jumlah tunggakan RM1,008,771,447.78 berdasarkan rekod sehingga September lalu.
Beliau berkata jumlah berkenaan telah meningkat daripada tahun lalu.
“Tahun lalu, sebanyak 464,076 akaun pengguna TNB dipotong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM945,435,794.07,” katanya.
Beliau turut memaklumkan Selangor, Terengganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan antara lima negeri yang merekodkan jumlah akaun dan tunggakan tertinggi bagi tahun 2023.
“Seterusnya sehingga September 2024 pula adalah daripada Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu,” katanya.
Jelasnya, antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan pembayaran ini adalah kekangan kewangan pengguna, sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa.
Secara keseluruhan katanya, seramai 10.4 juta pengguna TNB melibatkan 8.5 juta pengguna domestik (kediaman) dan 1.9 juta pengguna bukan domestik (komersil, perindustrian, pertanian dan lain-lain).
Sumber: Kosmo








