Susulan tular video seorang pekerja restoran kencing di longkang berhampiran premis, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan restoran itu ditutup selama dua minggu.
Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) turut mengenakan empat notis kompaun berjumlah RM1,500 yang berkaitan dengan kebersihan pekerja dan kegagalan premis terbabit mencapai markah kebersihan yang ditetapkan.
Pemeriksaan JKNM di lokasi turut mendapati premis itu mempunyai masalah dengan kemudahan asas seperti tandas.

Tandas yang ada hanya terletak di stor di bangunan bersebelahan dan tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi. Hal ini menyebabkan pekerjanya terpaksa menggunakan tandas di tempat lain.
Difahamkan, restoran berkenaan bukan kali pertama diperintah oleh JKNM untuk ditutup. Pada tahun 2022, restoran itu diarahkan tutup sebanyak dua kali, tetapi masih lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Sumber: Malaysia Gazette, Bernama via Harian Metro








