Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Filem Anwar: The Untold Story dikatakan telah berjaya mencatat jumlah kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya.
Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan.
Namun begitu, disebalik penayangan filem ini, ada dakwaan yang mengatakan beberapa pihak menggunakan propaganda untuk melariskan kutipan filem ini.
Satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh sekolah menengah di Putrajaya tular di media sosial. Antara kandungan surat itu adalah meminta para pelajar Tingkatan 6 untuk bersama-sama dengan Menteri Pendidikan menonton tayangan eksklusif filem tersebut di pawagam GSC Alamanda.
Serentak dengan itu, isu ini menimbulkan pelbagai perspektif. Ada yang membantah, malah ada yang bersetuju dengan inisiatif yang dibawakan oleh pihak sekolah.
“Tak boleh bayang kalau surat ini betul. Menteri Pendidikan paksa budak sekolah tengok filem pasal pemimpin parti? Dah macam Korea Utara dia punya usaha untuk propaganda tu.
“Mohon menteri nafikan kalau surat ni betul,” tulis Uthman Che Aziz.
Ada yang menyatakan seperti filem Mat Kilau sebelum ini, rombongan sekolah ke pawagam turut diadakan. Tidak berbeza dengan filem Anwar:The Untold Story, lebih-lebih lagi filem ini berkaitan dengan Perdana Menteri.
Sumber: Twitter








