Tular pelajar gagal jawab peperiksaan dengan baik, netizen minta kembalikan UPSR & PT3 - The Reporter

Tular pelajar gagal jawab peperiksaan dengan baik, netizen minta kembalikan UPSR & PT3

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kebelakangan ini beberapa pempengaruh dilihat berani bersuara menyatakan pendidikan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting.

Situasi ini juga telah mengundang kebimbangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mementingkan ilmu dan pendidikan.

Beberapa hantaran tular juga mengenai jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam kertas peperiksaan dilihat sangat membimbangkan.

Susulan itu, netizen meminta agar peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diadakan semula. Kata mereka, apabila peperiksaan penting seperti ini dihapuskan, pelajar-pelajar seolah tidak kisah atau mengambil berat terhadap pelajaran mereka.

Ramai juga yang berkongsikan ada saudara mara terdekat mereka yang masih tidak menghafal sifir walaupun sudah memasuki Tingkatan Satu.

Hantaran tersebut turut mengundang perhatian selebriti, Diana Danielle. Dalam hantaran itu, Diana mencadangkan agar satu ujian pelepasan dilakukan seperti jika seseorang pelajar tidak lulus atau mendapat keputusan yang tidak memuaskan, mereka tidak layak untuk dinaikkan ke kelas tahun seterusnya.

“Macam international school, kalau tak sampai level yang sepatutnya, dia tak bagi naik darjah. Memang auto cerdik bila time exam sebab tak nak terpisah dengan kawan-kawan dan rasa malu.

“Every year dah boleh tapis yang mana low performing students,” tulisnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Diana dan menganggap cadangan itu sebagai salah satu cara yang berkesan bagi mengatasi masalah pelajar yang malas atau lemah.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!