Tular lelaki bantu wanita bersalin dalam kereta api di Mumbai | The Reporter

Tular lelaki bantu wanita bersalin dalam kereta api di Mumbai

kas Bedre bantu wanita bersalin dalam kereta api di Mumbai seperti babak filem 3 Idiots
Gambar: Tangkap layar tular media sosial.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di India menjadi tumpuan ramai selepas bertindak berani membantu seorang wanita bersalin dalam kereta api. Kisah berkenaan disamakan netizen dengan babak ikonik dalam filem Bollywood 3 Idiots.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Vikas Bedre, 27 tahun, yang bekerja sebagai jurukamera video. Ketika kejadian sekitar jam 1 pagi Selasa lalu di stesen Ram Mandir, Mumbai Utara, beliau sedang menaiki tren tempatan apabila terdengar jeritan dan kekecohan dari gerabak sebelah.

Rupa-rupanya, seorang wanita sedang menahan kesakitan untuk melahirkan anak. Tanpa berfikir panjang, Vikas segera menarik rantai kecemasan bagi menghentikan tren, keputusan yang kemudian menyelamatkan dua nyawa iaitu ibu dan bayi tersebut.

Difahamkan, wanita berkenaan sudah berada di pertengahan proses kelahiran dan ambulans yang dipanggil tidak sempat tiba pada waktunya. Dalam keadaan panik itu, Vikas berhubung dengan seorang doktor wanita, Dr. Devika Deshmukh, yang kemudian memberikan panduan melalui panggilan video untuk membantu proses bersalin.

“Saya beritahu Vikas ji supaya bersedia, bayi itu sudah hampir keluar. Saya akan beri semua arahan, hanya perlu ikut dengan tenang.

“Dia benar-benar tenang dan bersedia secara mental. Bila saya arahkan, wanita itu baring dan bayi selamat dilahirkan. Untuk potong tali pusat, kami ikut langkah menggunakan apa sahaja yang ada di stesen kerana tak semua peralatan tersedia,” jelasnya.

Baca juga:

Tindakan pantas dan ketenangan Vikas membuatkan ramai penumpang lain kagum. Dalam keadaan genting itu, dia bukan sahaja membantu proses kelahiran, tetapi juga memastikan ibu dan bayi dihantar ke hospital dengan selamat selepas kejadian.

Lebih mengejutkan, laporan kemudian mendedahkan bahawa hospital berhampiran yang dikunjungi keluarga wanita itu sebelum kejadian enggan menjalankan proses bersalin, memaksa mereka menaiki tren pulang.

Sumber: Ansh, Press Trust of India

Related Posts