Tular gambar orang awam 'teruja' bergambar sakan dengan Hot Daddy? - The Reporter

Tular gambar orang awam ‘teruja’ bergambar sakan dengan Hot Daddy?

Sumber gambar: TikTok Dmzarra

15 jam yang lalu, TikToker Dmzarra memuat naik video Hot Daddy didatangi orang awam yang mahu merakam gambar kenangan bersama dengannya.

Difahamkan, video itu dirakam di Kuantan, Pahang.

Apa yang dilakukan oleh orang awam itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen kerana, umum mengetahui Hot Daddy bersama dengan dua rakan wanitanya kini sedang berdepan dengan pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan di aplikasi X.

Dalam video tersebut, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Hot Daddy yang dianggap seperti ‘artis’, termasuk golongan belia dan juga pasangan yang sudah berkahwin sedang mendukung bayi mereka.

“Dunia sekarang dah terbalik. Yang jahat dan jelas ada kes jenayah diagung-agungkan seperti artis. Lebih memalukan mereka yang bersalaman dengan dia,” kata Wanny.

“Orang dulu-dulu kalau buat maksiat zina ke apa ke, malu nak keluar rumah. Nak tunjuk muka pun malu. Tapi ini? Aku tak tahulah kita ni hidup di zaman apa,” kata Hairi.

“Apa yang ada dalam fikiran orang yang nak bergambar dengan dia tu eh? Percayalah selepas ini, mungkin lebih ramai lagi orang berani buat dan tonjolkan diri kalau beginilah perhatian yang diorang dapat,” kata Ahmad.

Sumber: TikTok Dmzarra

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!