Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial video memaparkan dua remaja perempuan, masing-masing bertudung merah dan berpakaian hitam yang dikatakan meminta sedekah di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dalam rakaman tersebut, remaja bertudung merah dilihat marah dan menunjuk ke arah individu yang merakam mereka di tepi jalan.
Video yang dimuat naik oleh pengguna Instagram @arhaban__ menarik perhatian ribuan pengguna media sosial. Ramai yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja dipercayai pelarian dari Myanmar yang sering dilihat meminta sedekah di kawasan sama.
Baca juga:
- JAWI siasat isu tular disc brake motor imej lucah
- Banjir Hatyai: Wanita kongsi pengalaman berjaya keluar dari kawasan terkandas
- ‘Budak tudung merah’ marah dirakam minta sedekah di Bukit Bintang
Beberapa pengguna turut tampil berkongsi pengalaman masing-masing berdepan dengan kumpulan tersebut. Salah seorang daripadanya, @cikraa94_ mendakwa pernah bertembung dengan remaja bertudung merah yang sama.
“Kenal sangat budak ‘R’ ni, aku pernah bergaduh dengan dia. Masa tu dia ketuk cermin minta duit. Bila tak bagi, dia ludah dekat cermin kereta aku. Aku terus buka pintu, tarik tudung dia dan ludah balik muka dia. Jangan berani main gila dengan aku, budak!”
Komen itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan disokong oleh ramai netizen yang percaya kumpulan sama sering beroperasi di Bukit Bintang. Ada yang mendakwa mereka muncul setiap hari di lokasi sama untuk meminta wang daripada orang awam, malah sudah mengenal pasti “waktu kerja” kumpulan tersebut.
Beberapa pengguna turut menandai akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tindakan segera diambil.
“Harap dapat bersihkan imej negara sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026,” tulis seorang pengguna lain.
Setakat ini, pihak polis dan DBKL belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.









