Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat dakwaan tular mengenai penggunaan brek cakera motosikal yang memaparkan imej lucah.
Sebelum ini, seorang individu dipercayai mekanik mendedahkan penjualan berkenaan dan meminta JAWI mengambil tindakan.
Baca juga:
- Kanak-kanak tujuh tahun parah diserang anjing liar ketika bermain
- Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Pihak JAWI akan membuat siasatan lanjut. Kami juga akan bekerjasama dengan KPDNHEP kerana isu ini melibatkan pengeluaran barangan tidak sopan dan bertentangan tatasusila rakyat Malaysia.
“JAWI mengambil perhatian berkaitan sebuah video yang memaklumkan terdapat pihak yang telah mengeluarkan dan menggunakan Disc Brake Motor yang mempunyai gambar lucah,” jelasnya.
Dalam kenyataan sama, JAWI menasihati penjual dan pengguna supaya tidak menggunakan unsur lucah pada produk atau barangan keluaran mereka.








