Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen Washington untuk meneruskan hubungan perdagangan dengan Malaysia meskipun berdepan defisit dagangan yang ketara.
Surat bertarikh 7 Julai itu memaklumkan AS telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Malaysia, namun menegaskan bahawa langkah seterusnya hanya akan dilakukan secara adil dan seimbang dari segi perdagangan.
“Kami telah berbincang sekian lama mengenai hubungan perdagangan ini dan telah memutuskan bahawa kami perlu bergerak daripada hubungan jangka panjang yang tidak seimbang ini,” menurut kenyataan tersebut.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Berkuat kuasa 1 Ogos 2025, AS akan mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas semua produk dari Malaysia yang dihantar masuk ke negara itu, selain daripada tarif sektoral sedia ada. Mana-mana produk yang dipindahhantar (transshipped) untuk mengelak tarif akan turut dikenakan kadar lebih tinggi.

Surat itu turut menjelaskan bahawa angka 25% tersebut masih belum mencukupi untuk mengatasi ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara, namun ia adalah permulaan.
Bagaimanapun, tiada tarif akan dikenakan sekiranya syarikat dari Malaysia memilih untuk membina atau mengeluarkan produk secara langsung di dalam AS.
AS beri amaran jika ada tindakan balas
Dalam kenyataan tersebut turut memberi amaran bahawa sekiranya Malaysia mengambil keputusan untuk menaikkan tarif balas, kadar tambahan itu akan ditambah terus ke atas tarif 25% yang dikenakan oleh AS.
Tambah kenyataan itu, defisit dagangan yang berlarutan ini bukan sahaja membebankan ekonomi AS, tetapi turut dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara mereka.
Antara negara yang akan menghadapi tarif yang sama ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan. Negara lain seperti Afrika Selatan dan Bosnia dikenakan sebanyak 30 peratus, Serbia dan Bangladesh 35 peratus, Kemboja dan Thailand 36 peratus serta sehingga 40 peratus untuk Laos dan Myanmar.








