Lelaki jual buah pinggang untuk beli iPhone, kini hidup menyesal seumur hidup | The Reporter

Lelaki jual buah pinggang untuk beli iPhone, kini hidup menyesal seumur hidup

Lelaki China terlantar di katil hospital selepas jual buah pinggang untuk beli iPhone, kini menyesal seumur hidup.
Demi iPhone, lelaki ini sanggup jual buah pinggang – akhirnya terpaksa menanggung penyesalan seumur hidup.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di China yang pernah menjual buah pinggangnya semata-mata untuk membeli iPhone ketika remaja, kini menanggung akibat, terpaksa bergantung pada rawatan dialisis seumur hidup.

Pada tahun 2011, Wang Shangkun yang ketika itu berusia 17 tahun nekad menjual salah satu buah pinggangnya di pasaran gelap dengan bayaran sekitar 22,000 yuan (RM14,000). Hasil wang itu kemudian digunakan untuk membeli iPhone 4 dan iPad 2, yang ketika itu dianggap simbol status.

Namun pembedahan haram tanpa penjagaan perubatan rapi itu membawa padah. Buah pinggangnya yang tinggal mengalami kegagalan fungsi akibat jangkitan serius, sekali gus menjejaskan kesihatannya.

Baca juga:

Lima individu termasuk doktor ditahan

Kes ini mencetuskan kekecohan di China. Pihak berkuasa menahan lima individu termasuk seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan haram tersebut. Media tempatan dan antarabangsa melaporkan secara meluas sebagai contoh ekstrem obsesi terhadap barangan mewah.

Kini, setelah lebih sedekad kemudian, Wang dilaporkan hanya mampu terbaring di rumah, bergantung kepada mesin dialisis dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot. Kisahnya dijadikan pengajaran tentang bahayanya pasaran gelap dan tekanan sosial terhadap golongan muda.

Related Posts