'Tolong hentikan kecaman' - Isu Laksa Sarawak, Suhaiza Sue tampil mohon maaf - The Reporter

‘Tolong hentikan kecaman’ – Isu Laksa Sarawak, Suhaiza Sue tampil mohon maaf

Kiri, Suhaiza Sue

Suhaiza Sue, wanita yang baru-baru ini menjadi perhatian netizen kerana video kritikannya terhadap makanan Laksa Sarawak, telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam video yang menjadi viral beberapa hari lalu, Suhaiza mengkritik Laksa Sarawak yang dikatakan berbau jamu. Namun, kritikannya itu telah mengundang reaksi negatif daripada netizen yang mendakwa dia menghina makanan tradisional Sarawak.

Menyedari kesilapannya, Suhaiza telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya sekadar bertanya. Walaupun begitu, penjelasannya itu masih tidak dapat diterima oleh netizen dan sehingga ke hari ini, masih ada yang mengecam Suhaiza dan rakannya.

Dalam usaha untuk menenangkan situasi, Suhaiza telah memuat naik video baru di mana dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Sarawak.

“Saya Suhaiza ingin membuat permohonan maaf secara terbuka terutamanya kepada orang-orang Sarawak. Saya mohon maaf setulus-tulusnya,” kata Suhaiza dalam video tersebut.

Dia juga berusaha untuk membersihkan nama kawan-kawannya yang turut terlibat dalam video tersebut.

“Semua salah saya, saya yang membuat rakaman video itu dan post di media sosial tanpa pengetahuan mereka,” tambahnya.

@kmskamekmiaksarawak

Video di upload kakak ini dah di delete. Untuk makluman yang akak makan itu bukannya Laksa Sarawak. Tak pernah lagi Laksa Sarawak bau jamu. #tiktoksarawak #kamekmiaksarawak

♬ original sound – Kamek Miak Sarawak – Kamek Miak Sarawak

Suhaiza juga meminta netizen untuk berhenti mengecam dan membuli kawan-kawannya. “Dia tak salah, yang salah itu saya,” katanya dengan nada sebak.

Suhaiza berharap dengan permohonan maafnya ini, situasi akan menjadi lebih tenang dan dia tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak menyinggung mana-mana pihak.

“Apa yang saya boleh buat, hanyalah permohonan maaf. Salah itu daripada saya, bukan orang lain,” ujarnya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!