TikToker dedah guna pekerja haram dari China renovate rumah, pertikai kecekapan pekerja Malaysia | The Reporter

TikToker dedah guna pekerja haram dari China renovate rumah, pertikai kecekapan pekerja Malaysia

Seorang pekerja pengubahsuaian berdiri di atas tangga sedang membaiki siling, dengan kapsyen Cina yang bermaksud "memang tidak begitu sah di sisi undang-undang".
Tangkap layar daripada video Dou Zong yang menunjukkan pekerja dari China sedang melakukan kerja pengubahsuaian di Malaysia. Gambar: World of Buzz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pempengaruh dari China telah mendedahkan bahawa sesetengah warganegara China menyalahgunakan kemudahan visa yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Menurutnya, penggunaan kemudahan visa percuma selama 90 hari untuk bekerja secara haram di Malaysia adalah tindakan yang tidak wajar.

Memetik laporan World of Buzz, pempengaruh bernama Dou Zong berkata bahawa sekumpulan pekerja pengubahsuaian dari China telah memperoleh tempoh tinggal selama 30 hari menerusi dasar perjalanan tanpa visa antara Malaysia dan China. Peluang ini kemudiannya digunakan untuk menjalankan projek-projek pengubahsuaian di Malaysia.

Katanya, projek tersebut berjaya menewaskan syarikat-syarikat pengubahsuaian tempatan melalui tawaran harga yang lebih rendah serta tempoh siap kerja yang jauh lebih pantas.

“Kontraktor dari China boleh menyiapkan satu projek dalam masa 20 hari, sedangkan kontraktor dari Malaysia memerlukan kira-kira dua bulan untuk menyiapkan kerja yang sama,” katanya.

Kritik kecekapan pekerja Malaysia

Dalam pendedahan itu juga, Dou Zong turut mengkritik tahap kecekapan sebahagian pengusaha pengubahsuaian tempatan.

“Ada antara kamu, pengubah suai Malaysia, yang mendakwa bahawa tukang dari China datang ke Malaysia untuk ‘rampas pasaran’, tapi mengapa kamu tidak tanya diri sendiri, kenapa mereka boleh buat, tapi kamu tidak?” soalnya.

Dou Zong turut mendedahkan bahawa beliau pernah mengupah pasukan pengubahsuaian dari China untuk mengubah suai kediamannya, dan memuji mutu kerja mereka termasuk dalam aspek pendawaian elektrik dan pemasangan paip.

Beliau juga menyeru syarikat-syarikat tempatan agar mengambil pendekatan untuk belajar daripada teknik kecekapan dan kawalan kos yang diamalkan oleh kontraktor dari China.

Related Posts