Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Boikot terhadap syarikat yang dikaitkan dengan Israel adalah satu bentuk protes sosial yang bertujuan untuk memberi tekanan ekonomi dan politik kepada Israel agar mengubah dasar dan tindakan mereka terhadap Palestin.
Tindakan ini juga bertujuan untuk menunjukkan solidariti global kepada rakyat Palestin dan menamatkan sokongan antarabangsa terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel.
Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat tiada keperluan untuk memboikot kerana tindakan itu hanya merugikan terutama pekerja beragama Islam yang bekerja dengan syarikat-syarikat dikaitkan dengan Israel.
TIkToker yang mempunyai hampir setengah juta followers ini berpendapat, kempen boikot yang dijalankan langsung tidak memberi kesan kepada Israel yang masih berterusan mengganas dan terkini, menyerang Lubnan.
“Dah lama kan boikot, tapi tak ada kesan? Lubnan siap kena serang Israel. Maksudnya, boikot tidak memberikan kesan kepada Israel dan sebaliknya memberi kesan negatif terhadap pekerja-pekerja tempatan kita terutamanya pekerja Melayu
“Bila syarikat-syarikat yang kita boikot itu tutup kedai, pekerja tempatan kita pun hilang kerja. Jadi sebenarnya yang terkesan adalah rakyat Malaysia.
“Buktinya, tengoklah ada kesan tak pada Israel? Tak ada apa pun. Bahkan mereka bertindak lebih samseng,” katanya.
Kembali sokong
Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk kembali menyokong semua perniagaan yang disahkan di Malaysia ini kerana bersimpati dengan nasib yang diterima oleh pekerja tempatan.
“Jadi saya rasa bersimpati sangat. Maka saya mengambil keputusan untuk kembali menyokong semua perniagaan yang sah, demi memastikan kelangsungan rezeki anak bangsa kita,” katanya yang turut bersedia menerima sebarang kecaman dari netizen.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh TikToker berkenaan mengundang pelbagai reaksi negatif netizen. Ada yang melabelkan dia sebagai ‘musuh’.
Boikot sebagai tanda kita peduli terhadap Palestin

Sebab itu negara barat hebat boikot

Jihad ekonomi









