Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular di TikTok, lagu nyanyian selebriti Fazura digunakan dalam hantaran video TikTok Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Lagu Bertahan Demi Cinta digunakan dalam hantaran video yang memaparkan rakaman perlawanan antara pasukan Korea Selatan menentang Jerman.
Dalam video berkenaan juga, dipaparkan aksi pemain Korea yang menjaringkan gol dengan penuh bergaya.
“Hanya gol yang mampu menjadi pemisah,” tulis hantaran FIFA.
Susulan hantaran itu juga, netizen di Malaysia terkejut dengan penggunaan lagu beserta kapsyen yang digunakan oleh FIFA.
Hantaran berkenaan juga telah mengundang persoalan sehinggakan netizen memeriksa beberapa kali samada akaun TikTok berkenaan adalah milik FIFA atau palsu.
“Aku check banyak kali, fifa official weh,” kata netizen.








