Tiada lagi celoteh petang di radio, Sharifah Shahirah undur diri dari Suria FM - The Reporter

Tiada lagi celoteh petang di radio, Sharifah Shahirah undur diri dari Suria FM

Sharifah Shahirah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Celoteh beliau di radio tidak akan kedengaran lagi apabila pengacara dan juga penyampai radio Sharifah Shahirah mengambil keputusan untuk mengundur diri dari stesen radio Suria FM.

Shahirah dilaporkan tidak menyambung kontrak beliau yang secara rasmi akan tamat pada 15 Februari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suria FM, Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara membuat keputusan berkenaan kerana mahu berehat selain memberikan tumpuan kepada perkara peribadi.

Suria FM akur dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Shahirah dan menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh beliau.

“Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya.

“Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya.

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Shahirah membuka tawaran kepada mana-mana pihak untuk mengambilnya sebagai pengacara sesebuah majlis memandangkan ketika ini beliau sudah mempunyai masa terluang.

“Sesiapa nak emcee petang-petang bagitahu. Saya dah ada masa (free) sekarang, tapi bukan free (percuma) tapi berbayar,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang sedih dengan keputusan yang dibuat beliau dan bakal merindui celotehnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share