Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, tiada bonus untuk penjawat awam pada Aidilfitri tahun ini.
Ini kerana kerajaan telah memberi insentif khas RM2,000 kepada penjawat awam pada 28 Februari lalu, sekali gus untuk tujuan sambutan Aidilfitri.
“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah. RM2,000 itu untuk raya sekalilah tu. Ini lebih daripada tahun sudah.
“Kemudian dalam beberapa bulan ini, kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji,” katanya.
Dengan pengumuman ini, diharapkan penjawat awam dapat merancang dengan lebih baik untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.
Meskipun tiada bonus Aidilfitri, insentif khas dan peningkatan dalam skim persaraan dan gaji adalah tanda positif untuk penjawat awam.
Sumber: Sinar Harian








