Peminat terkejut tengok perubahan The Rock yang tidak lagi sado | The Reporter

Peminat terkejut tengok perubahan The Rock yang tidak lagi sado

Dwayne “The Rock” Johnson bergambar di hadapan dinding bata dengan kemeja biru bercorak, menampilkan tubuh lebih ramping daripada biasa.
Peminat terkejut, The Rock tidak lagi sado seperti dulu | Kredit gambar: Victor Boyko/Getty Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bintang Hollywood dan bekas ikon WWE, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai “The Rock” mengejutkan peminat apabila tampil dengan tubuh lebih ramping semasa Festival Filem Venice baru-baru ini.

Penampilan baharunya yang jauh berbeza daripada imej gagah dan berotot mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Transformasi demi watak baharu

Selama berdekad, Johnson terkenal dengan tubuh berotot yang sering mencecah 300 paun (136 kg). Namun untuk projek terbarunya The Smashing Machine, beliau perlu menyesuaikan diri dengan fizikal Mark Kerr, lagenda MMA yang memiliki tubuh lebih atletik dan lincah.

Dilaporkan, Johnson telah menurunkan hampir 60 paun (27.2 kg) sehingga beratnya kini sekitar 240 paun (109 kg), hasil daripada perubahan drastik pada rutin diet dan latihan; beliau mengamalkan diet berprotein tinggi, rendah gula serta meninggalkan hidangan luar diet yang tinggi kalori, manakala latihannya pula memberi tumpuan kepada ketahanan, sesi gusti dan latihan kecergasan menyeluruh. Hasilnya, tubuhnya kini lebih ramping dan padat, seakan seorang petarung sebenar.

Pengarah festival, Alberto Barbera malah memuji lakonannya sebagai “sungguh mengagumkan” serta memberi bayangan potensi awal untuk pencalonan Oscar, termasuk buat rakan gandingannya, Emily Blunt.

Baca juga:

Peminat terkejut & kagum

Di platform X, ramai yang sukar mempercayai perubahan mendadak itu; ada yang menulis “Luar biasa!”, manakala seorang lagi bergurau dengan menyindir saiz tubuhnya yang mengecil, “The Rock atau The Pebble?”. Malah tidak kurang juga yang membandingkan Johnson dengan Dave Bautista, bekas ahli gusti WWE lain yang turut mengalami perubahan fizikal ketara.

Dave Bautista kelihatan kurus | Kredit gambar: VT

Johnson sekali lagi membuktikan bahawa bintang aksi Hollywood juga mampu berubah mengikut tuntutan watak, tanpa mengira usia dan imej lama yang pernah dicipta.

Sumber: VT

Related Posts