Bagi peminat sukan badminton negara sudah pastinya bangga dan tersenyum puas apabila atlet badminton negara Cheah Liek Hou merangkul pingat emas dalam kejuaraan Sukan Paralimpik 2024.
Liek Hou yang dibimbing Nova Armada mempertahankan emas dimenanginya pada edisi Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Pemain nombor satu dunia itu menumpaskan wakil dari Indonesia Suryo Nugroho dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) secara straight set di Porte de La Chapelle Arena.
Cheah Liek Hou kelihatan tenang pada set pertama dengan memenangi 21-13.
Pada set kedua pula, walaupun terjatuh dia cuba bangkit dan lebih berhati-hati dan meneruskan perlawanan dengan pungutan mata 21-15.
Kejayaan itu melebarkan jurang kemenangan Liek Hou ke atas Suryo kepada 14 kali daripada 17 pertemuan.
Kemenangan pada kali ini juga menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian