Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
AFRIKA SELATAN – Seorang ibu yang menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan bayi perempuannya didera oleh pengasuh, terasa dikhianati dan kesal kerana mempercayai wanita itu, lapor Daily Mail.
“Apabila saya melihat apa yang pengasuh itu telah lakukan pada Laila, saya menangis dan menangis. Saya peluk anak saya dan berulang kali meminta maaf kepadanya.
Theron berkata, walaupun dia sudah mempunyai bukti video rakaman CCTV itu, dia tidak dapat berhadapan dengan pengasuh terbabit sehingga dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan terpaksa berlagak seperti biasa sehari selepas anaknya didera, ketika pengasuh itu datang bekerja pada keesokan harinya.













