'Tauliah penceramah bebas sebar video intim bersama 4 isteri sudah lama ditarik' - Menteri Agama | The Reporter

‘Tauliah penceramah bebas sebar video intim bersama 4 isteri sudah lama ditarik’ – Menteri Agama

Dr Naim memaklumkan penceramah bebas terkait kes penyebaran video terlah ditamat tauliah sejak 2022.
Dr Naim meminta orang ramai semak dahulu kelayakan penceramah sebelum menjemput mereka. Gambar: FB Dr Naim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan penceramah bebas yang ditahan polis kerana disyaki menyebarkan video intim bersama empat isteri sudah ditarik balik tauliahnya sebelum ini.

Menurut beliau, tindakan menarik tauliah dibuat sekiranya individu terbabit mencemarkan institusi agama.

“Mana-mana penceramah yang diberi tauliah dan didapati mencemarkan institusi agama, tauliah mereka akan ditarik semula oleh pihak berkuasa agama negeri. Sebab itu saya nasihatkan orang ramai supaya semak dahulu kelayakan penceramah dengan jabatan mufti atau agama sebelum menjemput mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Salehuddin Saidin turut mengesahkan bahawa tauliah mengajar penceramah berkenaan telah ditarik balik pada tahun 2022.

Beliau memaklumkan suspek pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September 2024 kerana mengajar agama tanpa tauliah yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Kes ini masih dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah. Seorang pentadbir surau juga disiasat kerana dipercayai membenarkan ceramah tanpa tauliah itu diadakan,” katanya.

Tambah beliau, JAIS sentiasa memantau perkara berkaitan dan akan mengambil tindakan undang-undang serta tatatertib yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.

Sumber: Harian Metro

Related Posts