Tauliah mengajar Ustaz Don di Selangor ditarik balik | The Reporter

Tauliah mengajar Ustaz Don di Selangor ditarik balik

Sumber Gambar: Agami Group

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Exco Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah mengesahkan penarikan balik tauliah mengajar yang diberikan kepada pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Bon Bijayid bermula 24 Julai lalu.

Terdahulu, tular edaran surat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang memperincikan penarikan balik tauliah mengajar beberapa pendakwah di Selangor.

Tindakan berkenaan bukan hanya dikenakan ke atas Ustaz Don Daniyal, malahan beberapa pendakwah lain turut menerima nasib yang sama iaitu Mohd. Shahabudin Md. Yatim, Mohd. Udzair Mohamad Zaid, Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd. Norhisyham Tuan Padang.

Menerusi surat edaran itu, tindakan berkenaan berkuat kuasa 24 Julai lalu dan tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025.

Surat edaran yang tular di media sosial

Susulan itu juga, kesemua masjid dan surau tidak benarkan mengundang kelima-lima mereka untuk mengajar.

Terdahulu, dalam satu laporan menyatakan Ustaz Don diberi tempoh selama 14 hari bagi memberikan kenyataan bertulis susulan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu.

Laporan tersebut turut menyatakan keputusan penelitian dikatakan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Kosmo

Related Posts