Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perkongsian Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, yang menggalakkan orang ramai menanam pokok nanas di sekitar rumah mendapat perhatian netizen apabila dianggap sebagai langkah praktikal menjana pendapatan kecil-kecilan.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak membiarkan tanah kosong terbiar, sebaliknya dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian berskala kecil yang boleh memberi pulangan dalam jangka sederhana.
Tanam dalam polibag, mudah dijaga
Menurut Mohamad Sabu, tanaman nanas tidak memerlukan kawasan luas dan boleh diusahakan dalam polibag. Ia hanya perlu diletakkan di kawasan yang menerima cahaya matahari serta disiram dan dibaja secara berkala.
Dalam tempoh lapan hingga 12 bulan, pokok nanas sudah boleh mengeluarkan hasil untuk kegunaan sendiri atau dikongsi bersama keluarga dan jiran.
Kaedah ini dilihat sesuai khususnya bagi penduduk bandar yang mempunyai ruang terhad, tetapi masih ingin terlibat dalam aktiviti pertanian.
Baca juga:
- ‘Yang pasti Muhyiddin juga bukan lagi calon PM’ – Dr Samsuri
- Pemandu lori cedera ditembak, 2 suspek cedera dirempuh orang awam
- ‘Aku pelawak, budak gemuk… dan ya, aku masuk politik’ – Afdlin Shauki
Boleh tambah pendapatan isi rumah
Selain kegunaan sendiri, hasil tanaman juga boleh dijual secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan harian. Menurut beliau, walaupun bermula dalam skala kecil, usaha berterusan mampu membuka peluang ekonomi kepada keluarga.
“Tanah sekangkang kera pun boleh jadi sumber pendapatan kalau rajin berusaha,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menunggu sehingga memiliki kawasan luas untuk memulakan pertanian, sebaliknya bermula dengan apa yang ada.
Perkongsian itu dilihat selari dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi komuniti dan menggalakkan keterlibatan rakyat dalam sektor agromakanan secara mampan.
Sumber: FB Mohamad Sabu








