Tak tahan didera & dibuli, punca 4 pelajar lari dari pusat tahfiz | The Reporter

Tak tahan didera & dibuli, punca 4 pelajar lari dari pusat tahfiz

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah di Datuk Keramat, dilaporkan hilang selepas tiga hari tidak pulang ke pusat pengajian sejak Isnin lalu.

Menurut laporan media, kehilangan mereka disedari oleh kakitangan pusat tahfiz pada jam 10.30 malam.

Berdasarkan maklumat orang awam, empat pelajar tersebut bagaimanapun ditemui dalam keadaan selamat pada jam 11.58 malam Khamis, 10 Oktober 2024, ketika sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi, Kajang, Selangor.

Kesemua pelajar kemudian dibawa ke Balai Polis Bangi oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut.

Hasil keputusan pemeriksaan mendapati, terdapat kesan kecederaan pada empat pelajar tersebut yang dipercayai menjadi mangsa dera dan seksual. Kecederaan pada remaja berusia 13 hingga 14 tahun itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz tersebut.

Berdasarkan keterangan awal, mereka mendakwa melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di pusat tahfiz dan turut menjadi mangsa buli. Mereka juga mendakwa didera selepas polis menemukan kesan lebam pada badan mereka.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan yang kukuh.

Pihak polis juga telah merakam keterangan dari pengurusan tahfiz untuk membantu siasatan.

Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Related Posts