‘Tak serius pun herpes tu, gurauan suami isteri sahaja’ – Hilmi Zaki | The Reporter

‘Tak serius pun herpes tu, gurauan suami isteri sahaja’ – Hilmi Zaki

Kieda Crepe dan suaminya Hilmi Zaki bergambar bersama dalam kereta
Kieda Crepe dan Hilmi Zaki tampil pertahan gurauan tular yang dikritik netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Kieda dan Hilmi dikecam selepas gurauan herpes dianggap keterlaluan
• Hilmi pertahan ia hanyalah gurauan rumah tangga, bukan isu serius
• Netizen persoal kewajaran kandungan sensitif dikongsi secara terbuka

Dalam era media sosial, satu jenaka dalam rumah tangga boleh bertukar menjadi bahan perdebatan nasional. Itulah yang berlaku kepada usahawan Kieda Crepe dan suaminya, Hilmi Zaki, apabila video gurauan mereka tentang jangkitan herpes tular di TikTok, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra binti Mohd Jais, berkongsi secara berseloroh yang dia menghidap jangkitan herpes simplex selepas mendapati bibirnya dipenuhi bintik kecil. Namun yang menjadi titik panas ialah apabila beliau secara bergurau mengaitkan punca jangkitan itu dengan kebersihan alat kelamin suaminya.

Video pendek itu yang mungkin dianggap jenaka ringan oleh mereka berdua, menerima kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkannya tidak sensitif dan terlalu terbuka untuk tatapan umum.

Gurauan rumah tangga yang terlajak ke TikTok?

Menyedari kecaman yang semakin memuncak, Hilmi tampil mempertahankan kandungan tersebut. Baginya, ia hanyalah interaksi spontan antara suami dan isteri dan tidak sepatutnya dijadikan bahan kecaman.

“Seriously, itu hanya gurauan suami dan isteri, tak ada yang serius pun tentang penyakit herpes itu,” tulis Hilmi di ruangan komen.

“Tapi netizen cepat menghukum. Janganlah begitu, kami juga ada hak nak gembirakan diri sebelum Allah SWT ambil nyawa kami. Kalau realiti gurauan tu lagi kasar, tapi itulah media sosial ni cepat sangat nak menghukum.”

Wajar dikongsi atau lebih sesuai disimpan?

Apa yang mungkin kelihatan sebagai gurauan ringan dalam kehidupan berpasangan berubah menjadi topik kontroversi apabila dikongsi di ruang umum seperti TikTok. Reaksi netizen membuktikan bahawa masyarakat hari ini masih melihat isu kesihatan, terutama penyakit berjangkit seperti herpes, sebagai perkara yang sensitif dan memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati.

Pasangan ini kini menjadi contoh terbaru bagaimana garisan antara kehidupan peribadi dan kandungan publik semakin kabur dalam dunia digital.

Related Posts