Tak sempat pulang bawa lampin untuk bayi, bapa maut kemalangan - The Reporter

Tak sempat pulang bawa lampin untuk bayi, bapa maut kemalangan

Bapa maut kemalangan dalam perjalanan pulang bawa lampin untuk bayi di Dungun.
Sedih, tak sempat pulang bawa lampin untuk bayi, bapa maut dalam kemalangan.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang bapa maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 90, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk, Dungun, malam tadi selepas membeli lampin pakai buang untuk bayinya.

Mangsa, Mohamad Kamarul Azizi Mustofa, 36, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.50 malam.

Difahamkan, Mohamad Kamarul Azizi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat kawalan keselamatan, baru sahaja selesai melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan di Paka sebelum singgah membeli lampin pakai buang untuk bayinya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, motosikal Yamaha LC yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh sebuah lori yang sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara jalan di lokasi kejadian.

Foto ihsan orang awam

“Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah. Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat Mohamad Kamarul Azizi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!