'Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis, kerana kita manusia biasa, bukan maksum' - Mufti Pulau Pinang - The Reporter

‘Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis, kerana kita manusia biasa, bukan maksum’ – Mufti Pulau Pinang

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menggesa netizen untuk tidak lagi memanjangkan isu tegurannya terhadap penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berhubung penganjuran konsertnya yang akan berlangsung pada 9 Mac 2024.

Dr Wan Salim juga meminta masyarakat untuk menghentikan polemik dan berbaik sangka sesama manusia. Malah berharap agar netizen dapat mengakhiri perdebatan ini dan berbaik sangka sesama hamba Allah.

Jelasnya, Tiada salahnya jika seorang mufti meminta maaf kepada sesiapa sahaja, termasuk artis. Kerana tiada manusia yang sempurna selain daripada Rasulullah SAW.

“Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa kerana kita manusia biasa, tidak maksum.”

Dr Wan Salim juga menegaskan, walaupun pada pandangan manusia, mufti mungkin dianggap lebih baik daripada artis, tetapi tiada sesiapa yang tahu bagaimana penilaian Allah SWT. Oleh itu, tiada salahnya jika mufti meminta maaf.

Beliau sedar ada yang menganggap teguran yang dibuat itu adalah betul dan oleh itu, tidak perlu membuat permohonan maaf. Namun, beliau berharap agar semua pihak dapat menghentikan perbalahan ini.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!