'Tak pernah tukar kerja, tak sentuh KWSP' – Wanita kongsi cara kumpul RM2 juta dalam simpanan KWSP - The Reporter

‘Tak pernah tukar kerja, tak sentuh KWSP’ – Wanita kongsi cara kumpul RM2 juta dalam simpanan KWSP

Simpanan KWSP RM2 juta
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengguna Reddit dengan nama samaran Superficial1234 telah mencuri perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi tentang simpanannya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hampir mencapai RM2 juta pada usia 35 tahun.

Menurutnya, jumlah itu berjaya dikumpul melalui beberapa langkah strategik termasuk membuat sumbangan peribadi maksimum sebanyak RM100,000 setahun dan tidak pernah mengeluarkan wang KWSP sejak mula bekerja.

Dalam perkongsiannya, Superficial1234 menjelaskan walaupun mungkin kedengaran seperti menunjuk, dia menyedari simpanan dalam akaun KWSP akan mencapai RM2 juta pada penghujung tahun ini. Salah satu faktor utama adalah pendapatan yang tinggi, selain tidak pernah bertukar kerja sejak tamat pengajian.

“Saya tak pernah job hop (syarikat yang sama sejak tamat pengajian) dan hanya bergantung pada kenaikan pangkat dan kenaikan gaji dalaman,” katanya.

Malahan, dia baru mengetahui tentang sumbangan peribadi beberapa tahun lalu, dan sejak itu dia telah memaksimumkan sumbangan RM100,000 setiap tahun.

“Saya tak pernah sentuh KWSP saya, walaupun saya layak keluarkan lebih RM1 juta,” tambahnya.

Selain itu, Superficial1234 turut berkongsi bahawa dia menerima gaji sekitar RM50,000 sebulan, dengan bonus tahunan antara RM200,000 hingga RM300,000. Ini menyebabkan sumbangan KWSPnya mencecah hampir RM100,000 pada bulan dia menerima bonus.

“Dividen tahun lepas sahaja, RM80,000, dan ini akan terus berkembang,” ujarnya.

Namun, selepas perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas, dia telah memadamkan hantaran tersebut daripada media sosial.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!