'Tak perlu bayar, nyawa kamu lagi mahal' - The Reporter

‘Tak perlu bayar, nyawa kamu lagi mahal’

Sumber gambar: Tangkap Layar TikTok 4mco

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Satu hantaran video tular dari seorang individu yang merupakan seorang tentera berkongsikan pengalaman ketika menjalani latihan asas taktikal payung terjun statik beberapa tahun lepas.

Menjadi perhatian ramai apabila pendaratan bukan di atas tanah atau kawasan lapang, tetapi atas bumbung sebuah rumah penduduk.

@4remark

masa ni fikir habis la aku.. tak mati, patah riuk..😂😂 pengalaman landing dan lipat payung statik atas bumbung rumah amoi… 🤭🤭 bagus rumah ada security alarm. tak tahu sape yg rakam time ni. alhamdulilah hidup lagi, lepas tu sambung terjun lagi…😂 just share pengalaman kejadian 2022. asas taktikal payung terjun statik Vat69 bersama Paskal dan UTK di Taiping.

♬ original sound – Lvibes

Semasa insiden berkenaan berlaku, siren kecemasan di rumah berkenaan turut berbunyi menyebabkan penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan turut keluar untuk melihat situasi.

“Masa ni fikir habis la aku, tak mati, patah riuk. Pengalaman landing dan lipat payung statik atas bumbung rumah amoi. Bagus rumah ada security alarm,” kongsinya.

Katanya, bumbung rumah pemilik berkenaan hancur kerana sebelah kakinya sudah termasuk ke dalam namun, pemilik tidak meminta ganti rugi atas kerosakan tersebut.

Beliau turut memuji kebaikan pemilik rumah berkenaan yang bertanyakan tentang keadaan beliau dan turut menghulurkan air minuman dan juga tangga.

“Uncle tu kata, nyawa kamu lagi mahal… Bumbung tu dia boleh panggil kawan dia untuk repair,” katanya.

Bagaimanapun tentera tersebut memaklumkan beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan semasa insiden tersebut dan sudah pastinya insiden itu merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!