Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
TikToker Syamimia dikritik pengikutnya hanya kerana tidak menerbitkan sebarang hantaran berkaitan Palestin di akaun media sosialnya.
Syamimia sebelum ini pernah tular di media sosial kerana kemahirannya mendekorasi kediaman kecilnya sehingga kelihatan seperti rumah mewah. Tetapi rumah itu sebenarnya adalah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Selain itu, timbul dakwaan ramai pempengaruh tempatan juga enggan membuat atau menyebarkan kandungan mengenai nasih penduduk Palestin kerana bimbang akaun media sosial mereka disekat dan sekali gus hilang punca pendapatan.
Bagaimanapun, Syamimia tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya berhasrat untuk melakukan kebaikan contohnya seperti yang ditunjukkan oleh pempengaruh Khairul Aming baru-baru ini yang menyumbang RM100,000 kepada NGO untuk membantu penduduk Palestin.
Namun, keterbatasan diri membuatkan Syamimia tidak mampu berbuat demikian dan hanya mampu berdoa agar penduduk Palestin.
“Saya tengok juga video Khairul Aming berkenaan dengan isu Palestin. Saya kagum dengan apa yang beliau buat. Ramai juga yang bertanya kepada saya, Mimi dah berminggu dah tentang isu Palestin ini. Kenapa Mimi tak ada uar-uarkan atau kongsikan tentang Palestin.
“Tidak kongsi bukan bermaksud tak mengambil tahu. Saya juga ingin jelaskan sebab mengapa saya tidak uar-uarkan. Pertama, saya nak sangat buat seperti yang dibuat oleh beberapa pempengaruh kongsikan sedikit rezeki/pendapatan untuk bantu negara yang ditimpa musibah seperti Palestin.
“Tetapi saya mengukur baju di badan sendiri. Apa yang saya boleh sumbangkan adalah doa dan saya percaya doa itu adalah senjata yang tiada nilainya bila kita berdoa dengan ikhlas dan tulus,” katanya.
Jelas Syamimia lagi, dia kini memberi tumpuan kepada keluarganya sendiri dan membantu mereka dari segi kewangan.
“Tidak ada keluar daripada mulut saya yang mengatakan saya tidak menyokong Palestin. Kalau boleh, bila kita nak buat satu perkara baik, buatlah baik itu menyeluruh. Nak buat baik, bukan sahaja di negara Palestin tetapi dalam kalangan keluarga kita juga,” ujarnya. – The Reporter