Pasangan selebriti, Shuib dan Watie ditegur oleh netizen gara-gara memuat naik video aksi yang kurang menyenangkan di Instagram, walaupun mereka sudah berkahwin.
Dalam video itu, Watie yang dipercayai sedang bersiap untuk keluar terkejut apabila mendapati seluar yang baru dibelinya longgar. Lalu dimaklumkan kepada suaminya.
Shuib kemudian datang dan menarik bahagian depan seluar Watie dan menjenguk ke bahagian dalaman.
Watie menyatakan hasratnya untuk membeli seluar baru, tetapi suaminya tidak bersetuju lalu menarik seluarnya ke atas.
Bagi netizen, perbuatan itu tidak seharusnya dikongsikan untuk tatapan umum. Walaupun video itu bertujuan untuk mempromosi produk kuruskan badan.
‘Comel ke? Memalukan ada la’

‘Tak malu ke anak-anak tengok?’

Sumber: Instagram iamwatie








